Search This Blog

Pages

 
Showing posts with label aqidah. Show all posts
Showing posts with label aqidah. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Apa Tasawwuf Itu Sebenarnya?


Persoalan mengenai Tasawwuf sering saja menjadi topik perbicaraan golongan yang prihatin terhadap pengamalan agama dalam kehidupan. Ada pihak yang mendukung dan memperjuangkannya bahkan meletakkan ia sebagai salah satu dari sendi agama ini. Ada juga pihak yang mempertanyakan keaslian ajarannya. Adakah benar-benar Islamik? Ataukah ia hanya hasil penyerapan budaya dan isme-isme asing ke dalam umat Islam?

Tulisan singkat ini coba menjelaskan tentang arti Tasawwuf dan perkembangannya, juga sejauh mana hubungannya dengan syariat Islam. Ia bertujuan untuk menerangkan kebaikan-kebaikan yang mungkin diperoleh dari latihan kerohanian golongan Tasawwuf dan pada saat yang bersamaan membongkar kerusakan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang tradisi pengamalan Tasawwuf.

Definisi Tasawwuf

Para ilmuwan Islam dan barat sejak dari dulu hingga kini masih berbeda pendapat tentang kata dasar bagi perkataan Tasawwuf dan Sufi. Malahan mereka juga sebenarnya mempersoalkan asal usul ajaran ini, adakah ia berasal dari ajaran Islam? Atau ia mungkin di import bulat-bulat dari budaya dan kepercayaan umat lain di luar Islam? Mungkin juga ia merupakan hasil pencampuran antara ajaran Islam dengan pengalaman-pengalaman kerohanian tertentu, sehingga membentuk satu ajaran yang dianggap baru oleh sebagian pihak.

Berikut ini adalah di antara pendapat yang diutarakan tentang asal kata Sufi.
  1. Dari perkataan “tulus murni”, yang bermaksud golongan ini adalah golongan orang-orang bersih lagi tulis hatinya dalam beribadat kepada Allah.
  2. Dari kata “barisan hadapan”, yaitu orang-orang yang selalu paling duluan dalam mengabdikan diri kepada Allah setiap saat. 
  3. Dinisbahkan kepada satu kaum di zaman Jahiliyyah yang dinamakan Sufah dari keturunan Al-Ghawth Bin Murrah, yaitu mereka yang berkhidmat untuk Kaabah, yaitu orang-orang yang menenun kelambunya. Ibn al-Jawzi mentarjihkan pendapat ini di dalam kitabnya Talbis Iblis lantaran persamaan antara kedua-dua golongan ini disudut menumpukan hidup untuk Allah S.W.T saja. 
  4. Dinisbahkan kepada sebilangan golongan Muhajirin yang tinggal di Suffah (tempat berdekatan dengan Masjid Nabi) seperti Abu Hurairah, Bilal, Suhaib Al-Rumi, Salman Al-Farisi dan lain-lain. 
  5. Dinisbahkan kepada pakaian dari suf (bulu kambing). Ini kerana pakaian seperti ini adalah kebiasaan pakaian para nabi, ahli ibadat dan orang-orang miskin. Ibn Taymiyyah mentarjihkan pendapat ini kerana kalimah sufi menepati kata dasarnya berbanding pendapat-pendapat lain.
Seterusnya kalimah sufi di sudut pengamalnya telah didefinisikan antara lain seperti berikut:  
  1. Kata Bisyr Al-Hafi: “Sufi ialah sesiapa yang mensucikan hatinya untuk Allah”.
  2. Kata Abu Sa‘id Al-Kharraz: “Sufi ialah barangsiapa yang telah disucikan jiwanya oleh Tuhannya, lalu jiwanya dipenuhi oleh cahaya dan sesiapa yang terhias pada matanya kelazatan zikrullah”. 
  3. Al-Suyuti mentakrifkannya sebagai: “Membersihkan hati semata-mata untuk Allah dan memandang rendah selain daripada-Nya”. 
  4. Al-Baghdadi mengambarkan Tasawwuf sebagai: “Tanda sufi yang benar ialah miskin selepas kaya, hina selepas mulia dan tersembunyi selepas terkenal”.
Di sudut kacamata peneliti barat pula, sufi dan tasawwuf diibaratkan sebagai keadaan-keadaan diri pengamalnya yang mengubahnya dari situasi awal kepada situasi tidak sedar entah itu dari sudut jasmani mahupun akal fikiran. Ciri-cirinya ialah:
  1. Pemikiran yang kacau dan tidak rasional. 
  2. Mengamalkan ilmu yang tersembunyi, mengandung sihir dan mentera. 
  3. Emosi yang tidak stabil. 
  4. Dipenuhi mimpi-mimpi dan khayalan. 
  5. Warak, tidak mementingkan penampilan zahir demi pengabdian yang dituntut. 
  6. Seni menyatukan diri dengan Allah samada di sudut perasaan, penglihatan kerohanian mahupun di sudut zat
Asal usul Tasawwuf dan Kesufian

Istilah tasawwuf dan sufi dalam tradisi keilmuan Islam hanya digunakan sekitar akhir abad kedua Hijrah, yaitu setelah munculnya aliran-aliran pemikiran dan ideologi dalam Islam seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Ahli Sunnah dan lain-lain. Setiap kelompok memiliki orang-orang yang zuhud dan ahli ibadat. Justeru itu, kedua-dua istilah ini tidak digunakan, bahkan tidak diketahui di zaman sahabat dan tabi‘in.

Perkataan sufi mulai digunakan apabila ia dinisbahkan kepada Jabir Bin Hayyan Al-Kufi Al-Syi‘i seorang ilmuwan Kimia terkenal. Sementara lafaz sufiyyah muncul sekitar tahun 199H merujuk kepada suatu tempat beribadat yang digunakan oleh golongan Syiah di Kufah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa penggunaan awal kalimah sufi lebih merujuk kepada ahli ibadat di kalangan Syiah.

Bagaimanapun Ibn Taymiyyah menyatakan, ketika kesufian mula-mula muncul di Basrah ia dipelopori oleh anak-anak murid Abdul Wahid Bin Zaid yaitu salah seorang murid Al-Hasan Al-Basri (110H).

Perkembangan Tasawwuf dan Kesufian

Setiap golongan manusia mempunyai kecenderungan untuk mengasingkan diri atau perasaan dari kekacauan hidup. Dalam kerusakan sistim masyarakat, akan ada yang ingin membersihkan jiwanya bagi mencapai ketenangan. Perasaan ini bukan terdapat di dalam Islam sahaja, ia juga ada dalam setiap kepercayaan dan anutan. Oleh demikian, bukan suatu yang mengherankan apabila ditemui beberapa persamaan di dalam pengamalan golongan kerohanian dari pelbagai anutan.

Bagaimanapun bukanlah semua unsur persamaan itu berlaku secara “natural”. Ini diketahui melalui perkembangan tradisi kesufian itu sendiri. Aliran ini telah melalui perjalanan yang panjang. Ia berkembang dan telah menerima unsur-unsur yang terserap dari sumber-sumber asing. Antara sumber utama yang menyumbang kepada perkembangan pengamalan tasawwuf di kalangan umat Islam ialah:
 
(a) Pemikiran Timur

Ia merangkumi beberapa kebudayaan (tamadun) seperti Mesir, Assyuria, Babylon, Parsi dan Hindu. Keseluruhan pegangan tamadun ini ialah penyembahan berhala, dewa-dewa, semangat, bintang-bintang, cahaya, api dan sebagainya.

Di dalam kepercayaan-kepercayaan tersebut terkandung beberapa unsur penting 
yang dikaitkan dengan kesufian di dalam Islam, yaitu: 
  1. Keabadian jiwa dan tuntutan membersihkannya agar dapat berhubungan dengan tuhan-tuhan. 
  2. Kekuasaan cahaya kebaikan menentang kekuasaan kegelapan yang jahat. 
  3. Konsep The Saviour (Penyelamat) yang akan meratai alam dengan keadilan dan kesejahteraan. 
  4. Konsep Nirvana yaitu penyatuan jiwa yang murni dengan Tuhan, hilang rasa kemanusiaan dan dapat mendengar bisikan-bisikan-Nya. 
  5. Konsep Tanasukh al-Arwah yaitu perpindahan roh dari satu jasad ke jasad yang lain berdasarkan kualitas. 
  6. Pengamalan latihan kerohanian, meninggalkan kelezatan dunia seperti latihan Yoga.
(b) Pemikiran Barat

Ia melingkupi kebudayaan Romawi dan Yunani. Kebanyakan berpegang kepada penyembahan bintang-bintang. Nama-nama seperti Socrates, Plato, Aristotle, Plotinus dan Phytagoras sangat terkenal di kalangan ilmuwan Falsafah Islam. Melalui proses penerjemahan buku-buku mereka, pemikiran Falsafah Greek meresap hebat ke dalam lubuk hati dan intelek ilmuwan Islam.

Mercu pemikiran mereka adalah keagungan intelektual membawa kepada pembentukan manusia yang adil dan sejahtera. Penumpuan kepada kecemerlangan intelektual, mengelakkan dari terjadinya kerusakan dan ketidakadilan. Inilah bentuk kesufian mereka dan ia diagungkan oleh sebagian ilmuwan Falasafah Islam. Konsep kezuhudan Phytagoras, Plato dan Plotinus jelas didapati dalam pemikiran al-Farabi.

Bagaimanapun proses penerjemahan buku-buku Yunani dan Romawi tidak terjadi secara langsung kepada ilmuwan Falsafah Islam. Sebaliknya ia telah diterjemahkan oleh para pendeta Kristian dan Yahudi terutama di Iskandariyyah, Harran, Jundishapur dan seumpamanya.

Justeru itu, kemungkinan besar apa yang terserap dalam pemikiran sarjana Falsafah Islam bukan sahaja unsur Greek dan Rom, malahan turut terserap ajaran Kristian dan Yahudi.
 
(c) Pemikiran Arab

Apa yang dimaksudkan di sini adalah sisa-sisa ajaran nabi Ibrahim yang dipegang oleh segelintir manusia di zaman Jahiliyyah. Ia bercampur baur dengan kepercayaan-kepercayaan golongan Badwi. Arab Jahiliyyah di Mekah selain terkenal dengan kerusakan dan keruntuhan akidah, masih terkenal dengan beberapa sifat baik. Amalan mempertahankan keluarga, menghormati tetamu khususnya tetamu Baitullah, berpegang kepada janji, bangga memberi perlindungan kepada yang meminta dan lain-lain, adalah akhlak terpuji yang masih dipegang utuh.

Evolusi Aliran Sufi

Berdasarkan perkara-perkara di atas, aliran kesufian Islam telah melalui beberapa peringkat utama yang bisa disimpulkan seperti berikut:

(1) Peringkat pertama

Dimulai pada zaman sahabat hingga akhir abad kedua Hijrah. Para sahabat seperti Abu Zar telah memperjuangkan hidup zuhud dan menjauhkan dunia. Kecenderungannya kepada kehidupan seperti itu, barangkali menyebabkan beliau tidak sesuai memegang jabatan sebagaimana sabda Rasulullah kepadanya:
 
“Wahai Aba Zar! Sesungguhnya engkau lemah, sedangkan ia (jabatan itu) adalah amanah dan ia adalah dukacita dan penyesalan pada Hari Kiamat…” (H.R Muslim)

Kehidupan seperti ini seterusnya disambung oleh sebilangan manusia zuhud. Mereka dikenal sebagai al-zuhhad al-awa’il (golongan zuhud yang awal), mereka mengambil contoh dari akhlak Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a. Para ahli sufi ini menjalani ibadat dengan ikhlas, mujahadah jiwa mengekang hawa nafsu dan sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun di kala itu perjalanan kerohanian ini lebih berbentuk fardi (individu) bukan jama‘ie (berjamaah).

(2) Peringkat kedua

Ia berkembang dari abad ketiga Hijrah hingga permulaan abad kelima. Dalam masa ini, aliran tasawwuf sudah lebih tersusun, bergerak dalam kelompok membentuk suatu gerakan di bawah pengawasan al-syeikh.

Perbincangan di peringkat ini tertumpu kepada unsur akhlak dalam ilmu dan amalan, memfokuskan kepada mengkaji jiwa manusia dan bagaimana ilmu zawq (rasa) dapat mengukuhkan hubungan insan dengan Tuhan. Dari sinilah zahirnya fikrah al-fana’ yang dipelopori oleh Abu Yazid al-Bistami. 

Di peringkat ini juga mulai berkembangnya tarekat-tarekat kesufian. Muncullah golongan ahli mujahadah, kasyaf dan pengetahuan rohani. Mereka ini menambah unsur-unsur asing dalam amalan kerohanian selain apa yang diwarisi dari generasi awal Islam. Hal ini mengakibatkan perubahan besar dalam pengamalan tasawwuf. Ia seakan-akan aliran yang terasing dari amalan Islam dan sukar untuk mendapatkan rujukannya dari sumber Islam.

Justeru itu Ibn al-Jawzi berpendapat bahwa tasawwuf bermula dalam bentuk kezuhudan, ibadah, mujahadah jiwa dan istiqamah dengan syariat. Ini dapat membentuk dan mendidik jiwa lalu membawa tuannya ke jalan yang mustaqim. 

Bagaimanapun setelah itu muncul manusia seperti Al-Harith al-Muhasibi yang bercakap tentang berlapar, hidup miskin, was-was dan gerak hati. Kelanjutan dari itu semua, golongan ini mula menambah beberapa sifat yang membedakan mereka dari orang lain seperti tarian, nyanyian, bertepuk tangan bagi menambah kekhusyukan dan sebagainya.

Pada abad keempat dan kelima Hijrah lahir kelompok-kelompok yang berusaha untuk memperolehi kasyaf dan mendapat berita-berita ghaib. Ini suatu usaha untuk menundukkan kekuatan manusiawi agar dapat dijuruskan kepada merasai kehadiran Tuhan. Ahli sufi berusaha mengangkat hijab yang menghalang dirinya dari menyaksikan cahaya ketuhanan di dalam kehidupan di dunia ini. Ibn Sina menggambarkan situasi ini dengan kata-kata:
 
“…orang yang berpaling daripada perhiasan dunia dan kebaikannya layak dipanggil ‘abid (ahli ibadah), orang yang mengalihkan fikirannya kepada kekudusan Tuhan berkekalan menghayati pancaran cahaya Al-Haqq (Tuhan Yang Maha Benar) secara sembunyi layak dipanggil ‘arif (orang yang mengenal Allah)”.

(3) Peringkat ketiga

Pada abad kelima, keenam, ketujuh dan kedelapan Hijrah, terdapat usaha-usaha yang agak intensif bagi memurnikan kembali apa yang telah rusak sebelumnya. Al-Ghazali, Ahmad al-Rifa‘ie, Abdul Qadir al-Jilani, Abu al-Hasan al-Syazili, Ibn ‘Ata’illah dan lain-lain coba mendekatkan pengamalan tasawwuf kepada sunnah nabi. Mereka tidak menerima melainkan ajaran yang menepati al-Quran dan al-Sunnah. Ibn al-Qayyim sendiri sebagai tokoh aliran salafi mengambil peranan yang besar dalam membentuk jiwa baru tasawwuf agar berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini dapat mendekatkan tasawwuf dengan fahaman Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Bagaimanapun oleh kerana penyerapan unsur sudah begitu berakar umbi di dalam aliran ini, menyebabkan usaha pengembalian ini sangat sukar. Ini ditambah dengan munculnya aliran Tasawwuf Falsafi yang juga semakin berkembang maju. Ia didukung dengan kedudukan yang kokoh golongan Syiah di beberapa tempat seperti di Mesir, Syam dan Parsi. Tokoh-tokoh seperti Ibn ‘Arabi, Al-Suhrawardi, Ibn Sab‘in dan ramai lagi, mendapat perhatian golongan sufi.

(4) Peringkat keempat

Bermula sekitar abad kedelapan aliran tasawwuf tidak lagi menyaksikan seorang tokoh yang benar-benar berpengaruh. Justeru kelompok itu hanya menyambung apa yang terdahulu. Cuma tumpuan mereka lebih kepada sudut amalan. Mereka memperbanyak bentuk-bentuk amalan kesufian hingga menjauhkan mereka daripada perbahasan akidah kesufian. Mereka lebih kepada wirid dan zikir, berlindung di penjuru-penjuru masjid dan madrasah, mengasingkan diri dari dunia. Malahan mereka juga menjauhkan diri dari jihad.

Di waktu para pemikir Islam abad seterusnya tercari-cari apakah formula untuk membangkitkan umat yang semakin mundur dan ketinggalan dari barat, golongan ini masih asyik dengan wiri-wirid tarekat mereka. Justeru tidak heranlah para pejuang dan pemikir seperti al-Amir Syakib Arsalan, Abdul Rahman al-Kawakibi, Muhammad Iqbal dan lain-lainnya mendapati bahawa aliran tasawwuf merupakan salah satu faktor kemunduran Islam.

"Justeru tidak heranlah para pejuang dan pemikir seperti al-Amir Syakib Arsalan, Abdul Rahman al-Kawakibi, Muhammad Iqbal dan lain-lainnya mendapati bahawa aliran tasawwuf merupakan salah satu faktor kemunduran Islam."

Mereka sepakat cara membangunkan umat ini tidak lain hanyalah dengan mengambalikan ajaran agama ke landasan yang asal, mengikut acuan al-Sunnah seperti yang telah dilalui oleh para al-salaf al-soleh. Gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab di Jazirah Arab telah menjadi inspirasi kepada gerakan-gerakan lain seperti Al-Mahdiyyah di Sudan, Al-Sanusiyyah dan gerakan Ibn Badis di Afrika Utara, gerakan Islah dan Pan-Islami di Mesir, gerakan Osman Bin Fudi di Nigeria, gerakan-gerakan kemerdekaan dan menentang penjajah di benua kecil India dan di Tanah Melayu.

Walaupun bentuk perlaksanaan perjuangan berbeda-beda tetapi mereka sama di sudut keinginan mengeluarkan umat dari kegelapan kejumudan taqlid, khurafat dan seumpamanya yang banyak didapati dari golongan sufi. Justeru itu tidak hairan apabila semua gerakan ini mengkritik keras golongan sufi manakala golongan sufi pula begitu memusuhi mereka.
 
"Justeru itu tidak heran apabila semua gerakan ini mengkritik keras golongan sufi manakala golongan sufi pula begitu memusuhi mereka."

Jenis-jenis Tasawwuf

Setelah meneliti perkembangan tasawwuf –secara ringkas–, didapati ia tidak bersesuaian atau bertepatan dengan apa yang dilalui oleh para ulama al-salaf al-soleh. Oleh itu untuk lebih jelas, tasawwuf dibagi kepada 2 jenis yaitu:

(1) Tasawwuf Sunni

Aliran ini mengandungi sifat zuhud dan mujahadah jiwa yang membawa kepada akhlak yang mulia. Kandungannya diambil dari al-Quran, al-Sunnah dan sirah hidup para sahabat. Pengamal tasawwuf ini cuba mengikat diri mereka seerat mungkin dengan ajaran al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka cuba menjauhkan diri daripada pembahasan akidah yang berbelit-belit, pertentangan mazhab-mazhab Fiqh yang tidak meningkatkan iman dan amalan, juga perasaan tamak dan haloba sebilangan manusia –termasuk di kalangan ulama– terhadap kemasyhuran, jabatan dan harta.

Antara ulama yang dikaitkan dengan aliran ini ialah Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali (505H). Beliau telah melalui peringkat kematangan ilmu yang ekstrim. Beliau pernah terjebak dalam ilmu kalam, mendalami pemikiran Falsafah Yunani, terpengaruh dengan kesufian golongan Batiniyyah, hingga akhirnya kembali ke pangkuan al-Sunnah. 

Beliau meninggal dunia sewaktu baru mula berjinak-jinak mempelajari Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Kitab agungnya Ihya’ Ulum al-Din walaupun banyak mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, namun topik perbincangan dan kupasan beliau sangat segar[1] dan menghidupkan jiwa untuk beramal soleh. Kelemahan di sudut dalil telah ditampung oleh para ulama seperti al-Iraqi, Ibn al-Jawzi, al-Maqdisi dan lain-lain.

(2) Tasawwuf Falsafi

Aliran ini sebenarnya bisa dibagi lagi kepada beberapa jenis seperti Tasawwauf Isyraqi, teosofi Falsafah Masyriqiyyah, aliran Syiah Batiniyyah, gnotisme dan sebagainya.

Sebagainya yang telah dijelaskan, aliran ini bermula dengan kezuhudan yang diambil dari sunnah rasul dan sirah para sahabat. Kemudian ia diresapi oleh unsur-unsur asing, terutama dari aliran Neo-Paltonisme Greek, Parsi dan Hindu. Mereka mencampur adukkan antara istilah-istilah syarak dengan istilah-istilah asing, juga memasukkan maksud falsafah dan kesufian asing di dalam istilah syarak. Akibatnya lahir dan tersebarlah istilah seperti: ‘uqul mufariqah, fana’, jazbah, kasyaf, ilham, maqam dan lain-lain.

Selain itu pemikiran golongan Syiah turut berperanan dalam mengembangkan doktrin Tasawwuf Falsafi ini. Ini dilihat di sudut ramai sarjana Falsafah Islam dan kesufian yang terkenal berasal dari keluarga Syiah atau iklim Parsi. Tokoh-tokoh seperti Al-Farabi, Ibn Sina, Al-Suhrawardi, Al-Hallaj, Abu Yazid al-Bistami adalah berasal dari Parsi dan latar belakang keluarga mereka ialah Syiah. Adakah ini suatu kebetulan?

"Tokoh-tokoh seperti Al-Farabi, Ibn Sina, Al-Suhrawardi, Al-Hallaj, Abu Yazid al-Bistami adalah berasal dari Parsi dan latar belakang keluarga mereka ialah Syiah. Adakah ini suatu kebetulan?"

Di sudut topik perbincangan, golongan Tasawwuf Falsafi ini sangat mengambil berat isu ‘cahaya ketuhanan’. ‘Cahaya’ inilah yang akan isyraq (terpancar) ke dalam hati sanubari para ahli sufi khasnya dari kalangan ‘arifin. Doktrin ‘cahaya vs kegelapan’ adalah inti utama ajaran Majusi yang berkembang di Parsi sebelum kedatangan Islam. 

Cahaya dari Tuhan yang terpancar menjadi Haqiqah Muhammadiyyah (Hakikat Kewujudan Nabi Muhammad S.A.W), ia berpindah dari satu sulbi ke sulbi yang lain hingga sampai kepada Abdullah Bin Abdul Muttalib. Ini adalah konsep tanasukh al-arwah (perpindahan roh) yang ada dalam ajaran Syiah Imamiyyah di samping terdapat juga dalam ajaran lain seperti Hindu dan Buddha. Konsep ‘bersatu’ dengan Tuhan dalam ajaran al-Hulul wa al-Ittihad sangat popular di kalangan aliran tasawwuf ini. Ia seperti dakwaan Maharaja Parsi dahulu kala bahawa mengalir di dalam diri mereka darah tuhan, beerti mereka telah bersatu dengan Tuhan lantaran ketinggian darjat mereka.

Tarekat Kesufian

Terdapat beberapa tarekat yang utama dalam aliran ini:
  1. Tarekat Qadiriyyah: ia disandarkan kepada Abdul Qadir al-Jilani yang lahir di Baghdad pada 470H. 
  2. Tarekat Rifa‘iyyah: ia diasaskan oleh Ahmad al-Rifa‘ie yang meninggal pada 578H.  
  3. Tarekat Syaziliyah: diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Syazili yang berasal dari Tunisia pada abad ketujuh Hijrah. Antara tokoh tarekat ini termasuk abu al-Abbas al-Marisi dan Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (penulis kitab al-Hikam).
  4. Tarekat Ahmadiyyah: diasaskan oleh Sayyid Ahmad Badwi yang pindah dari Maghribi ke Mesir kemudian ke Mekah. Beliau meninggal dunia pada 657H.
  5. Tarekat Naqsyabandiyyah: dinisbahkan kepada pendirinya Baha’ Naqsyaband al-Bukhari. Antara ciri penting ajarannya ialah berzikir hendaklah secara sirr entah itu seorang diri mahupun berjemaah sedangkan syeikh-syeikh sebelumnya mengarahkan berzikir secara sirr jika sendiri dan jahar jika berjemaah. Inilah antara tarekat yang uama dan popular di seluruh pelosok tanah umat Islam.
Doktrin Utama Tasawwuf

Apabila menyentuh tentang doktrin tasawwuf, ia perlu kepada pembagian yang nyata. Salah satu bagiannya adalah apa yang dikongsi bersama seluruh umat Islam yang berpegang kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Ia mengandung segala pengajaran tentang akhlak Rasulullah S.A.W. Ia bukan khusus milik ahli sufi, bahkan ia juga milik ahli hadith, ahli tafsir, ahli Fiqh dan lain-lain.

Bagian berikutnya adalah beberapa perkara yang bercampur antara ajaran dalam al-Sunnah dengan tafsiran mengikut cita rasa ahli sufi. Bahagian terakhir adalah ajaran-ajaran yang diambil atau menyerupai ajaran asing yang menyesatkan bahkan bisa membawa kepada kekufuran atau syirik.

Apabila kritikan dilakukan ia sebenarnya menjurus kepada dua bagian terakhir atau kepada salah faham dan salah amalan dalam bahagian yang pertama. Berikut adalah antara perkara-perkara yang dibincangkan:

(1) Konsep Wahdatul Wujud (Kesatuan Kewujudan). Ia membawa kepada pengertian bahwa seluruh makhluk dan Tuhan ini adalah satu. Dikatakan bahwa orang pertama yang membicarakan doktrin ini secara terang-terangan ialah Muhyi al-Din Ibn Arabi[2] yang dikenali di kalangan ahli sufi sebagai al-Syeikh al-Akbar. Ajaran ini ada dalam agama Hindu. Kelanjutan dari ajaran ini juga ialah wahdatul adyan (kesatuan agama) yaitu semua agama adalah sama dan menuju syurga Allah belaka.

"Kelanjutan dari ajaran ini juga ialah wahdatul adyan (kesatuan agama) yaitu semua agama adalah sama dan menuju syurga Allah belaka."

(2) Konsep Al-Hulul wa al-Ittihad. Ia bermaksud apabila sudah sampai maqam yang tertinggi bagi seorang ‘arif , tuhan akan menjelma di dalam dirinya seterusnya bersatu dengannya. Ia dipelopori oleh al-Husin al-Hallaj. Ajaran ini diikuti oleh Qadyaniyyah, Baha’iyyah dan banyak lagi ajaran Battiniyyah. Apabila seseorang itu sudah bersatu dengan tuhannya, apa perlunya dia beribadat lagi?

"Apabila seseorang itu sudah bersatu dengan tuhannya, apa perlunya dia beribadat lagi?"

(3) Proses jazbah dan fana’. Apabila seorang ahli ibadat itu sudah dapat merasakan kehadiran Tuhan, dia akan dapat mendengar ‘bisikan-bisikan Tuhan’ lalu dia tenggelam dalam lautan keasyikan menkmati keindahan beribadat kepada Tuhan. Proses ini adala permulaan bagi konsep al-Hulul wa al-Ittihad. Ia juga seakan-akan konsep nirvana dalam kepercayaan Buddha seperti yang dialami oleh Gautama Buddha sendiri.

(4) Hakikat dan syariat. Agama ini mempunyai ajaran yang zahir dan ajaran yang batin. Apa yang dituntut oleh orang ramai hanyalah ‘kulit’ yang terdiri dari syariat yang zahir sedangkan apa yang dituntut oleh golongan ‘arifin billah ialah batin agama ini. Inilah maqam hakikat yang dicari. Peringkat yang lebih tinggi darinya adalah maqam ma’rifat. Oleh kerana agama ini ada zahir dan batin, maka nas-nas syarak juga begitu. Bagi membolehkan amalan-amalan kesufian, nas-nas tersebut mestilah ditafsirkan mengikut isyarat hati seorang ‘arif. Antara tafsirannya ialah:

Terjemahan: “Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yakin”.

Oleh itu apabila seseorang itu sudah yakin kepada tuhannya dia tidak perlu lagi beribadat. Sedangkan maksud “yaqin” di dalam ayat ialah kematian. Adanya tafsiran semacam inilah yang membawa kepada konsep gugur taklif bagi orang-orang tertentu.

(5) Beramal dengan hadith palsu. Golongan sufi sangat mengakui gerak hati (intuitif). Mereka percaya jika hati mensahihkan satu-satu hadith maka dia adalah sahih walaupun mungkin palsu di sisi ulama hadith. Contohnya:  
  • Bumi berada di atas tanduk kerbau, kerbau itu di atas ikan Nun. 
  • Barangsiapa yang mengenal dirinya, dia kenal Tuhannya.
"Mereka percaya jika hati mensahihkan satu-satu hadith maka dia adalah sahih walaupun mungkin palsu di sisi ulama hadith."

(6) Ibadat yang berlebihan. Apabila berzikir hendaklah dengan seluruh jiwa raga dan urat darah. Bagi mencapai hasrat itu apa saja cara ke arahnya adalah dibolehkan sekalipun dengan percampuran lelaki perempuan tanpa batas, muzik dan tarian, zikir dengan suara nyaring.

Itulah beberapa perkara penting yang bercanggah dengan agama terdapat dalam ajaran tasawwuf.

Istiqamah Terhadap Agama

Ajaran tasawwuf falsafi sebenarnya aneh dan menakutkan. Namun ramai manusia yang tertipu dengan penampilan tasawwuf dan zuhud yang palsu itu. Akibatnya ramai yang tersesat, sedangkan sebagian yang lain menolak ajaran tasawwuf seluruhnya walaupun sebahagiannya adalah perlaksaan. 

Melalui penelitian terhadap perkataan sebilangan ulama yang terkenal di bidang ini, dapatlah kita menilai pegangan mereka yang benar-benar ikhlas berbanding para pendusta agama.
 
(a) Berkata al-Syeikh Abdul Qadir al-Kilani

“Setiap haqiqat yang tidak diiktiraf oleh syariat adalah zindiq. Terbanglah kepada Al-Haqq (Allah Yang Maha Benar) dengan dua sayap yaitu al-Kitab dan al-Sunnah. Masuklah menghadap-Nya dalam keadaan tanganmu berada pada tangan Rasul S.A.W”

Beliau juga berkata: “Meninggalkan ibadat adalah zindiq, melakukan apa yang dilarang adalah maksiat dan kefarduan tidak akan gugur dalam apa jua keadaan”.
 
(b) Berkata Sahl al-Tusturi

“Usul tariqat kami ada tujuh: berpegang teguh dengan al-Kitab dan menuruti panduan al-Sunnah, memakan yang halal, mengelakkan daripada menyakiti, menjauhi maksiat, melazimi bertaubat dan melaksanakan tanggungjawab”.
 
(c) Abu al-Hasan al-Syazili berkata

“Apabila bertentangan antara kasyafmu dengan al-Kitab dan al-Sunnah, hendaklah kamu berpegang teguh dengan al-Kitab dan al-Sunnah, tinggalkanlah kasyafmu. Katakanlah kepada dirimu: sesungguhnya Allah telah menjamin pemeliharaan-Nya terhada al-Kitab dan al-Sunnah untukku dan Dia tidak menjamin kasyaf, ilham serta musyahadah (penyaksian kerohanian) melainkan selepas dibentang kepada al-Kitab dan al-Sunnah”.
 
(d) Kata Abu Yazid al-Bistami

“Jika kamu melihat seorang lelaki yang diberi keramat hingga dia mampu bersila di udara, janganlah kamu terpesona dengannya hinggalah kamu melihat bagaimana dia melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan, memelihara batas-batas (agama) dan menunaikan syariat”.
 
(e) Berkata al-Junaid al-Baghdadi

“Mazhab kami terikat dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Semua ‘jalan’ dibatasi oleh makhlukmelainkan sesiapa yang menjejaki tinggalan Rasulullah S.A.W”.

Berdasarkan perkataan-perkataan ini, ternyata para ulama yang beriltizam dengan jalan kesufian yang awal amat berpegang teguh dengan syariat. Mereka menolak sebarang usaha untuk mengeluarkannya daripada pedoman syarak. Ia harus terikat dengan al-Quran dan al-Sunnah.[3]

Kesimpulan
 
  1. Tasawwuf Falsafi adalah ditolak keseluruhannya. Apabila seorang sunni membicarakan tentangnya hanyalah bertujuan untuk menyanggahi ajaran-ajarannya di samping menerangkan kerosakan yang dihasilkan darinya. 
  2. Sebagian dari ulama tasawwuf telah disandarkan kepada mereka perkataan-perkataan yang membawa kepada kufur, sedangkan mereka tidak mengatakannya. Oleh itu hendaklah kita memelihara lidah dari menuduh orang-orang seperti ini. Ini kerana seseorang tidak boleh dituduh sesat apalagi lagi kufur melainkan melalui bukti yang jelas tanpa syubhat. 
  3. Hendaklah kita menyaring dan memilih dari doktrin tasawwuf apa-apa yang membawa kepada kemajuan agama dan mengukuhkan akhlak Islamiyyah. Di samping itu kita harus ‘membersihkan’nya dari segala penyelewengan. Oleh itu, kita perlu mengambil manfaat dari para ulama yang mengkritik tasawwuf seperti Ibn al-Jauzi, Ibn Taymiyyah dan lain-lain.



[1] Kecuali dalam beberapa bab yang mendapat kritikan hebat para ulama lain seperti Ibn al-Jawzi, al-Qurtubi dan lain-lain.

[2] Ibn Taymiyyah menggelarnya Mumit al-Din (Pemati Agama).

[3] Lihat: Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Madarij al-Salikin.




Sumber: http://al-qayyim.net/
Posted on 8:00 PM / 0 comments / Read More

Tuesday, May 24, 2011

Hukum Memakai Jimat atau Tangkal


Walaupun penduduk di kampung saya masih dianggap bagus ke Islamannya kalau dilihat dari sisi fiqh, ternyata dari segi aqidah mereka memiliki kecacatan juga. Cacat aqidah yang saya maksud adalah masih kuatnya kepercayaan terhadap jimat (tangkal) dan khurafat-khurafat.

"Eh, benang apa itu yang melingkar di perut anakmu?" tanyaku dengan heran kepada kawan sekampungku ketika sedang beriwisata di tepi sungai.

Kawanku pura-pura tidak mendengar dan berusaha menyibukkan diri dengan memakaikan baju ke anaknya yang berumur 3 tahun itu.

Tapi aku masih ngotot, "Benang itu untuk apa?".

Akhirnya dia menjawab, bahwa benang itu adalah sebuah jimat. Menurutnya itu adalah usaha untuk mendapatkan perlindungan dari Allah Swt.

"Aku tahu kalau minta tolong kepada jimat ini, membuat kita melakukan syirik besar," tambahnya lagi. 

Heemmm...kelihatannya alasan tersebut masuk akal juga. Dia masih meminta tolong dengan Allah melalui pemakaian benang di perut anaknya.

Betulkah seperti itu?

Semua yang terjadi di alam ini adalah berdasarkan kehendak Allah atau yang lebih populer disebut dengan "sunnatullah". Segala sesuatu ada sebab akibatnya. Penyebab yang diakui dalam agama hanyalah dua yaitu "sebab tabi'i" dan "sebab syari'i".

Sebab tabi'i adalah antara sebab dan akibat ada hubungannya. Ada rasionalnya. Contohnya:
  • Ada hubungan antara air dan hilangnya haus
  • Ada hubungan antara makan dengan kenyang
  • Ada hubungan antara obat dengan kesembuhan
Sedangkan "sebab syari'i" adalah penyebab yang diakui dalam agama. Ada arahan atau pedoman dari agama.

Contohnya siapa yang membaca tiga Qul setelah shubuh, maka Allah akan melindungi dia dari gangguang syetan hingga ke sore harinya. Jadi karena takut dengan gangguang syetan, maka kita baca tiga Qul ini. Boleh tidak? Jawabannya adalah boleh, karena ada sebab syari'i yaitu agama yang suruh.

Sebuah hadist Nabi Saw berbunyi "Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah, syetan tidak boleh masuk". Karena takut akan gangguan makhluk halus dan tidak ingin rumah kita dihuni sama mereka, maka kita baca surah al-Baqarah. Hal ini boleh dilakukan, karena ada sebab syari'i, yaitu ada arahan dari Nabi saw.

 Lebih mantap lagi perlindungan dari Allah kalau kita kombinasikan sebab tabi'i dengan sebab syari'i. Keluar dari rumah kita baca do'a tawaqqal supaya selamat mulai dari pergi hingga pulang. Ini ada arahan dari Nabi saw. Sedangkan sebab tabi'i adalah ketika hendak mengadakan perjalanan dengan menggunakan mobil, kita memakai sabuk pengaman yang akan melindungi kita dari hantukan ke kaca mobil ketika ada kecelakaan.

Kembali lagi ke masalah jimat yang melingkar di perut anak kawan tersebut. Kawan saya mengatakan itu adalah salah satu sebab untuk mendapatkan pertolongan dari Allah. Tentu saja pendapat ini tidak benar. Tiada suruhan atau arahan sama sekali, baik dari Allah maupun Nabi mengenai pemakaian jimat tersebut. Akibatnya perbuatan ini jatuh ke dalam kategori syirik kecil.

 Mungkin ada yang bertanya, bagaimana kalau jimatnya terbuat dari ayat-ayat al-Qur'an? Misalnya ayat-ayat al-Quran itu ditulis dan kemudian disimpan di bawah bantal, di letakkan di pintu masuk rumah, dsb. Sebagian kecil ulama mengatakan boleh, tapi mayoritas ulama aqidah mengatakan tidak boleh, berdasarkan keumuman larangan menggunakan jimat.

Alasan kedua adalah tidak ada arahan atau contoh dari Nabi saw yang menggunakan ayat-ayat al-Qur'an untuk melindungi dari gangguan syetan. Yang ada adalah Nabi Saw membaca ayat-ayat al-Quran tersebut untuk mendapatkan perlindungan dari Allah, bukannya dengan menulis ayat-ayat tersebut.

 Tapi kita harus berhati-hati juga dengan nasehat seperti ini:
"Hanya saja kedua dzikir/doa di atas tidak khusus saat memasuki rumah untuk pertama kali, tapi dibaca oleh seseorang setiap ingin memasuki rumanya sesudah bepergian. Juga dianjurkan untuk membacakan Al-Qur'an di rumah tersebut, khususnya surat al-Baqarah untuk mengusir syetan dan melindungi rumah dari gangguan mereka."

Jawaban di atas saya peroleh dari sebuah Islamic website.

Penjelasan tersebut seolah-olah mengatakan bahwa surah al-Baqarah lah yang melindungi rumah dari gangguan syetan. Meyakini bahwa al-Quran ada kekuasaan untuk mengusir syetan adalah syirik, karena hanya Allah sajalah yang memiliki kekuasaan seperti itu. 

Sikap kita yang tepat adalah dengan memohon perlindungan dari Allah melalui pembacaan surah al-Baqarah tersebut. Akan lebih baik lagi, kalau kita mengerti isi dan maksud surah al-Baqarah itu, sehingga betul-betul menghindarkan kita jatuh ke dalam bayang-bayang syirik kecil.
Posted on 1:37 PM / 0 comments / Read More

Monday, May 9, 2011

Apa Arti Islam?



Usia Jack sudah melewati awal 20-an. Walaupun dia berasal dari keluarga Katholik, namun Jack sudah menghapuskan kata Tuhan dari kepalanya. Setiap akhir pekan dia menghibur dirinya dengan menghadiri berbagai macam pesta yang diadakan oleh teman-teman kuliahnya. Pesta itu selalu berakhir dengan acara mabuk-mabukan, bahkan ada juga yang berakhir dengan seks bebas.

Jack selalu mencibir kalau ada yang berusaha mengajaknya kembali kepada Tuhan. Dia sudah muak dengan doktrin-doktrin tidak masuk akal yang diterimanya sejak kecil. Dia merasa lebih menjadi orang jujur ketika tidak bertuhan. Dia bangga tidak menjadi munafik karena berani menyatakan dirinya yang tidak percaya Tuhan.

Lama kelamaan Jack merasa lelah juga dengan gaya hidupnya yang seperti itu. Dia mulai mencari-cari pegangan hidup supaya tidak terombang-ambing. Karena Jack adalah seorang ilmuwan, dia memutuskan untuk bergabung dengan sekte sainstologi. Tidak lama dia berada di sana, karena dia tidak menemukan apa yang dia cari. Malah makin semberawut saja.

Lalu Jack tertarik dengan kesederhanaan Dalai Lama. "Apa salahnya kalau aku menganut agama Budha," batin Jack. Para pendeta Budha itu bahkan tidak mau memukul lalat yang bersarang di atas nasi yang sedang mereka makan. Hebat betul akhlak mereka. Kemudian hari-hari Jack diisi dengan acara meditasi seperti yang diajarkan oleh pendeta Budha tersebut. Jack bahkan mulai berhenti mengkonsumsi alkohol dan memakan daging. Kawan-kawannya kagum dengan perubahan sifat Jack. Tapi mereka tidak mengetahui bahwa Jack masih tidak menjumpai apa yang dicarinya.


Salah seorang kawan Jack yang muslim pernah meberikan sebuah al-Quran kepadanya. Jack mendengus ketika menerima al-Quran tersebut. Dia hanya melemparkan al-Quran tersebut ke sudut meja di kamarnya tanpa menyentuhnya dalam waktu yang lama. "Aku tidak akan memeluk Islam agama teroris itu, agama yang sering memotong binatang dengan cara kejam," Jack berjanji dalam hatinya.


Ternyata Jack tidak tetap dengan agama barunya. Dia kemudian berkelana dari satu agama ke agama lain, kecuali agama Islam. Iseng-iseng pada suatu hari ketika Jack sedang membersihkan kamarnya karena hendak pindah ke apartemen lainnya, Jack menemukan al-Quran yang diberikan oleh kawan muslimnya. Kali ini Jack mencoba untuk membaca al-Quran tersebut dengan maksud mencari-cari kesalahan al-Quran.


Namun apa daya, apa yang didapati oleh Jack adalah sebaliknya. Dia mendapatkan jawaban dari pertanyaan-pertanyaannya selama ini, seperti apa tujuan hidupnya, kenapa perlu beragama, dsb. Jack menangis ketika membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran versi Yusuf Ali. Jack akhirnya menyerah kepada agama Islam. Jack menyerah kepada Allah yang telah menciptakannya. Dia telah mengakhiri pencariannya.


Jack merasa menyesal dengan tingkah dia sebelumnya. Kini Jack pasrah dengan penemuannya. Dia siap menerima segala perintah Allah. Kalau Allah menyuruh dia terjun ke jurang, dia akan terjun. Dia teringat dengan kepasrahan Nabi Ibrahim as dan anaknya ketika Allah menyuruh untuk menyembelih Ismail. Jack juga tidak peduli dengan tanggapan keluarga dan masyarakatnya kalau dia memeluk Islam. Dia tidak peduli kalau dia dipecat dari tempat kerjanya hanya karena bos-nya tidak suka dengan agama Islam. Pokoknya dia telah memasrahkan hidupnya kepada Allah.


Dengan segera dia menelepon teman muslimnya untuk bertanya di mana bisa mendeklarasikan keIslamannya. Temannya kemudian membawanya ke mesjid setempat untuk bertemu seorang imam mesjid. Disakskan oleh jemaah mesjid yang baru selesai sholat Isya, Jack mengucapkan kalimat syahadah dalam bahasa Inggrsis "Aku bersaksi tidak tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah pesuruh Allah". Kemudian dia mengulangi syahadahnya dalam bahasa Arab yang terpatah-patah. Serentak jamaah mesjid itu mengucapkan takbir dan memeluk Jack dengan hangat. Mengucapkan selamat kepada saudara barunya.


Kini langkah Jack selanjutnya adalah melaksanakan ajaran Islam seperti yang Allah suruh. Allah menuruh manusia supaya tidak menyekutukannya. Jack patuh dengan perintah Allah tersebut. Allah menyuruh manusia untuk mencontohi kepada Nabi Muhammad saw dalam hal ibadah. Jack patuh kepada perintah Allah, jadi Jack tidak menciptakan ibadahnya sendiri. Allah menyuruh manusia untuk patuh dan menghormati orang-tuanya. Jack pun segera memperbaiki hubungan dengan orang-tuanya yang telah retak sejak sekian lama.


Pokoknya apa yang Allah suruh, Jack segera mengerjakannya. Selain itu ketika Jack mengerjakan sesuatu dia tidak setengah-setengah. Jack mengerjakannya dengan sepenuh hati. Ketika Jack sholat, Jack berusaha untuk ikhlas dan benar dalam sholatnya. Dia berusaha mencontoh cara sholat Nabi saw. Ketika menolong orang pun, Jack berusaha untuk menjadi ikhlas. Pokoknya Jack tidak mau menjadi munafik. Jack tidak mau menunjukkan ke orang ramai bahwa dia seorang yang rajin sholat, puasa, zakat, dsb.


Setelah memeluk Islam, perangai Jack menjadi lebih tenang. Dia tidak suka marah-marah lagi. Dia juga tidak pernah mengeluarkan kata-kata kasar lagi, yang menjadi kata wajibnya sebelum memeluk Islam. Jack juga tidak suka melihat pertengakaran terjadi di depan matanya. Apalagi pertengkaran sesama Muslim. Dia berusaha mendamaikan mereka. Walaupun Jack tidak setuju dengan agama lain, Jack tidak menganggu mereka dan melayani mereka dengan adil. Pokoknya Jack yang sekarang tidak suka berbuat onar, tapi lebih suka menebarkan kedamaian kepada orang lain.


Itulah arti agama Islam. Islam adalah:
  1. Surrender (menyerahkan diri kepada Allah swt)
  2. Submission (pasrah kepada Allah swt)
  3. Obedience (patuh kepada perintah Allah swt)
  4. Sincerity (ikhlas dengan segala perbuatan kepada Allah swt)
  5. Peace (tenang dan damai) Bisakah kawan-kawan memberikah contoh-contoh yang tidak menyalahi definisi Islam tersebut?
Posted on 5:12 PM / 0 comments / Read More

Popular Posts

Total Pageviews

Facebook

Blog Archive

Shout Box


ShoutMix chat widget

Followers

Copyright © 2011. SMART ZIKIR . Published by Ardisyam